Khamis, 29 Jun 2023

UJIAN- Sokongan untuk bertahan

 Assalamualaikum...selamat sejahtera.

Pernah dengar tak, "orang tidak tahu apa yang kita rasa"...

Ya....orang lain tidak tahu apa yang kita rasa jika kerana orang itu tidak alami sendiri apa yang telah kita lalui, apa yang telah kita terima, apa yang telah kita rasa....tidak akan pernah tahu.

Setiap orang melalui hidup mereka dengan liku perjalanan yang tersendiri...yang pasti akan berbeza walaupun seperti sama...namun tidak akan pernah sama....

Ujian....setiap orang berbeza.

Ada yang diuji dengan kewangan... 

Ada yang diuji dengan keluarga...

Ada yang diuji dengan kesihatan...

Ada pula yang diuji dengan kasih sayang...

Malah ada yang diuji dengan pelbagai ujian lain...mungkin juga bertimpa-timpa...

Bila diuji, 

Yang tiada berfikir cara untuk mendapatkan, yang ada pula, berfikir cara untuk mengekalkan..takut akan kehilangan.

Bebanan fikiran mempengaruhi emosi dan kewarasan... 

Jangan pernah menilai seseorang dengan apa yang dilaluinya...tapi bantulah dia dengan sokongan....agar dia dapat terus bertahan.



Sabtu, 24 Jun 2023

ANXIETY? Apa itu?

 

1. Jantung selalu berdebar


Menurut National Institute of Mental Health (NIMH), jantung yang berdebar lebih laju daripada biasa merupakan salah satu tanda kebimbangan.

Kajian menunjukkan, individu yang sedang mengalami tekanan perasaan akan menghasilkan hormon adrenalin. Hormon ini akan menyebabkan jantung mengepam dengan lebih pantas.

Seperti yang dijelaskan sebelum ini, tindak balas lawan atau lari pesakit akan diaktifkan ketika mereka rasa gelisah atau bimbang. Akibatnya, jantung pesakit akan berdegup dengan laju tanpa sebab. 

2. Sering sesak nafas tanda penyakit anxiety

Penghidap anxiety akan mengalami hiperventilasi kesan daripada degupan jantung yang terlalu pantas. Hiperventilasi akan menyebabkan pernafasan menjadi laju dan mungkin akan membuatkan pesakit sesak nafas.


Apabila Kita Bernafas, Kita Akan Menyedut Oksigen Dan Menghembus Karbon Dioksida. Namun, Jika Kita Bernafas Terlalu Laju, Tahap Karbon Dioksida Dalam Darah Akan Berkurang Untuk Memastikan Badan Mendapat Lebih Banyak Oksigen. Sebab Itulah, Pesakit anxiety Akan Nampak ‘Kepenatan’ Umpama Baru Selesai Berlari!


Latihan Pernafasan Amat Penting Untuk Mereka Yang Menghidap Masalah Anxiety. Dengan Pernafasan Yang Betul, Pesakit Boleh Bernafas Dengan Perlahan Dan Menggunakan Diafragma Untuk Lebih Relaks Dan Bertenang.

3. Rasa penat sepanjang masa

Selain itu, rasa penat yang berpanjangan juga boleh menjadi petanda anxiety. Rasa bimbang dan gelisah sepanjang masa boleh menyebabkan badan kita sentiasa berada dalam keadaan ‘berjaga-jaga’.

Kebimbangan yang dialami juga boleh menyebabkan pesakit sukar untuk tidur dan membuatkan keletihan yang berlaku menjadi bertambah serius.

4. Sukar tidur malam

Jika anda sukar tidur, atau sering terjaga tengah malam dan tidak boleh tidur semula, ini mungkin berlaku disebabkan penyakit anxiety. Tahap hormon stres dalam badan yang terlalu tinggi membuatkan pesakit sukar untuk relaks dan tidur lena.

Masalah ini akan menjadi semakin teruk jika pesakit mengambil kafein pada keesokan harinya untuk kekal berjaga. Malah, simptom anxiety juga akan menjadi lebih teruk disebabkan kopi.

5. Otot rasa kejang dan sakit disebabkan penyakit anxiety

Otot manusia akan mengeras dan menjadi kejang sebagai respons semula jadi terhadap stres. Malah, mereka yang sering tertekan juga cenderung ‘mengeraskan’ otot mereka tanpa sedar dalam satu tempoh masa yang panjang.

Oleh sebab itu, penghidap anxiety selalunya akan rasa sakit pada kawasan bahu, belakang badan dan juga leher.

Malah, ada juga yang akan mengetap gigi tanpa sedar dan menyebabkan kesakitan di sekitar rahang. Lama-kelamaan, pesakit boleh menghidap migrain atau sakit kepala disebabkan terlampau stres.

6. Tidak sedap perut

Perut kembung, cirit-birit dan kerap sendawa juga merupakan tanda anxiety. Walaupun nampak biasa, semua simptom ini boleh mengganggu kehidupan pesakit jika ia tidak dirawat secepat mungkin.

7. Penyakit anxiety menyebabkan anda rasa loya

Tidak dinafikan, masalah kegelisahan boleh memberikan kesan buruk pada sistem penghadaman seseorang.

Menurut sebuah kajian yang dimuatkan di dalam jurnal General Hospital Psychiatry, individu yang mengalami anxiety mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk muntah atau rasa loya selepas makan.

8. Tidak berhenti berpeluh

Disebabkan rasa gemuruh dan gelisah yang berpanjangan, pesakit akan kerap berpeluh lebih-lebih lagi di kawasan tapak tangan atau ketiak.

Simptom ini juga akan membuatkan penghidap anxiety rasa runsing dan rendah keyakinan diri. Makin memburukkan keadaan, pesakit juga mungkin akan alami masalah bau badan yang teruk.

9. Terlebih makan atau kurang selera makan

Masalah kebimbangan juga boleh membuatkan anda terlebih makan atau kurang selera makan. Ada orang yang tidak lalu makan disebabkan rasa stres yang berpanjangan.

Namun, ada juga yang akan ‘craving’ makanan yang manis dan berlemak disebabkan stres yang dialami!

10. Jari atau tangan menggigil

Ini merupakan antara tanda-tanda penyakit anxiety disorder. Kadangkala, tangan atau jari akan mula menggigil tanpa sebab. Menurut NIMH, ini merupakan salah satu kesan sampingan peningkatan hormon stres dalam badan.

Kondisi ini juga boleh mendatangkan bahaya, lebih-lebih lagi jika ia berlaku ketika anda sedang memandu.

Jika anda mempunyai anxiety, cepat-cepatlah berjumpa doktor untuk rawatan susulan. Dengan bantuan pakar, anda dapat belajar cara yang terbaik untuk mengatasi masalah kebimbangan.

Kajian terbaharu menunjukkan bahawa terdapat jalan penyelesaian yang lain untuk mereka yang mengalami masalah kegelisahan dan depresi atau kemurungan ini, tanpa perlu bergantung kepada ubat-ubatan.

Terdapat kajian melaporkan bersenam juga boleh menjadi satu bentuk rawatan alternatif yang efektif dalam mengubati depresi dan gangguan kegelisahan.

Menurut Dr. Michael Craig Miller, Penolong Profesor Psikiatri di Harvard Medical School menyatakan sesetengah individu mendapati aktiviti bersenam membantu mereka menangani masalah-masalah ini.

Bagaimana bersenam boleh jadi rawatan kemurungan?

Melakukan aktiviti senaman dikatakan boleh bantu mengurangkan kemurungan dan kegelisahan dengan:

  • Mengalih perhatian daripada berfikir mengenai masalahBersenam dapat membantu anda daripada pemikiran-pemikiran negatif yang boleh mengundang kegelisahan mahupun depresi. Anda akan lebih fokus dengan aktiviti yang dilakukan dan merehatkan minda daripada perkara yang menyerabutkan fikiran.
  • Membebaskan hormon gembira (endorfin)Ketika bersenam, neurotransmiter otak anda akan menghasilkan hormon endorfin. Hormon ini akan menghasilkan mood happy dan semestinya akan membuatkan anda berasa lebih baik dan tenang.

Selain baik untuk rawatan kemurungan, melakukan aktiviti senaman secara berkala juga mempunyai banyak manfaat dari segi emosi dan psikologi:

  • Perbanyakkan aktiviti sosial: Dengan melakukan aktiviti senaman di luar rumah, anda berpeluang untuk membuat kawan dan kenalan baharu yang dapat memberikan perubahan persekitaran yang positif. Ini juga boleh jadi cara menghilangkan kegelisahan anda dengan bersama orang ramai
  • Mengubah tabiat buruk: Melakukan aktiviti yang positif ialah satu cara yang sihat dalam menguruskan emosi diri. Bersenam ternyata jauh lebih baik daripada anda melakukan perkara-perkara yang boleh memburukkan lagi kesihatan mental seperti menyendiri, bergantung kepada alkohol mahupun dengan cara cederakan diri sendiri.
  • Jenis Senaman Baik Untuk Rawatan Kemurungan Dan Cara Menghilangkan Kegelisahan

  • Angkat berat

Satu kajian baru-baru ini mengkaji 45 orang yang menghidap strok berserta kemurungan mendapati, program latihan kekuatan selama 10 minggu ternyata membantu dalam mengurangkan gejala depresi dan kegelisahan.

Menurut Dr. Leslie Seppinni, Pakar Psikologi Klinikal dan Ahli Terapi Keluarga di Beverly Hills menyatakan bahawa aktiviti ini memerlukan konsentrasi dan perhatian yang penuh.

Oleh itu, selain memiliki otot badan yang lebih kuat, minda juga lebih tenang kerana fikiran individu yang kemurungan dapat dialihkan.

  • Jogging

Cara mengatasi kegelisahan dan rawatan kemurungan yang baik adalah dengan melakukan aktiviti kardio.

Senaman ini dikatakan mampu membantu mengurangkan simptom-simptom stres yang boleh menyebabkan masalah depresi dan kegelisahan.

Kajian mencadangkan jogging selama 20 hingga 30 minit sehari membantu dalam pengurusan emosi yang lebih baik.

Jika anda tidak berupaya untuk jogging secara berterusan, hanya dengan berjalan juga sudah mampu membantu anda untuk berasa lebih baik secara emosi dan fizikal.

Rawatan kemurungan – Yoga

Selain aktiviti berkardio dan mengangkat berat, yoga juga tersenarai dalam senaman yang membantu mengurangkan masalah depresi dan kegelisahan.

Dalam kajian terhadap seramai 65 orang wanita melaporkan 34 daripadanya mengambil kelas yoga 2 kali seminggu selama 2 bulan menunjukkan penurunan ketara dalam gejala kemurungan dan kegelisahan.

  • Brisk Walking

Jika anda terlalu sibuk atau tidak berkemampuan untuk melakukan aktiviti di atas, jangan risau!

Ini kerana hanya dengan berjalan atau dikenali sebagai brisk walking, anda sudah mampu untuk berasa lebih baik dan tenang.Pastikan anda memakai kasut yang selesa dan ke tempat yang tidak sesak. Anda pasti akan nikmati pengalaman tersebut.

  • Lakukan aktiviti-aktiviti fizikal kegemaran anda

Bercucuk-tanam, bermain bola, hiking atau apa sahaja aktiviti kegemaran anda dapat membantu untuk menguruskan emosi secara lebih baik.

Dr, Shoshana Bennett, Pakar Psikologi Klinikal menekankan, lakukan aktiviti yang bersesuaian dengan minat dan keupayaan anda agar aktiviti itu dapat dinikmati sebaik mungkin.

Aktiviti-aktiviti senaman tidak hanya tertakluk kepada aktiviti tertentu asalkan anda perbanyakkan bergerak dan berpeluh agar hormon endorfin dapat dikeluarkan.

Rumusan

Kebaikan senaman untuk mereka yang sering gelisah

  1. Bersenam dapat membuatkan anda ‘lupa sebenar’ masalah yang dialami.
  2. Pergerakan badan dapat mengurangkan tekanan pada otot. Jadi, badan tidak akan rasa penat dan tertekan.
  3. Dapat meningkatkan keyakinan diri.

Bagi pembaca di luar sana yang bergelut dengan masalah depresi dan kegelisahan, sudah tiba masanya untuk anda melakukan rawatan kemurungan atau kaedah alternatif ini selain bergantung pada ubat-ubatan.

Anda boleh bermula secara baby step seperti menaiki tangga ke pejabat, mengambil angin di taman atau hanya dengan window shopping di pusat membeli-belah.

Lama-kelamaan, badan dan mental anda akan lebih bersedia untuk komited dengan aktiviti-aktiviti bersenam. Selamat mencuba!

Verifying