Jumaat, 26 Mei 2023

Apa itu anxiety dan puncanya?

 Tidak semua orang yang tahu apa itu anxiety.. 

Namun,  penyakit ini menyerang sesiapa sahaja....

Apa itu anxiety?

Anxiety adalah gangguan perasaan sama seperti depresi atau kemurungan, dan bila tidak diatasi dengan segera, akan berpotensi menjadi semakin teruk.

 

Jika tidak ditangani dengan baik, akan dapat mengganggu aktiviti seharian dan hubungan pengidap dengan orang sekeliling akan berjauhan, bahkan dengan pasangan dan anak-anaknya sendiri. 


Punca Anxiety Disorder

 

Hingga kini punca anxiety disorder masih belum dapat dijelaskan secara tepat. Namun, secara umumnya, ada beberapa faktor yang berkemungkinan dalam peningkatan risiko gangguan kecemasan atau anxiety disorder iaitu faktor genetik, faktor biologi (campuran kimia dalam otak), keadaan sekeliling, dan stres.


Gejala Anxiety Disorder

 

Antara gejala anxiety disorder boleh dikenal pasti dengan beberapa tanda berikut ini:

 

  • Perasaan cemas, takut, dan khuwatir yang berlebihan dan kadang kala bukan pada waktunya...
  • Adanya kesukaran untuk mengawal rasa cemas yang berlebihan tersebut.
  • Ada perubahan tingkah laku dan kesukaran untuk melakukan aktiviti dalam kehidupan.
  • Merasa kegelisahan tanpa sebab dan mudah letih.
  • Kesukaran untuk berfikir dan sukar untuk fokus .
  • Kesukaran untuk tidur selama berhari-hari, berminggu-minggu (atau lebih lama dari itu). Kadang kala, tidur akan terganggu kerana muncul perasaan bimbang tanpa sebab.
  • Mengalami ketegangan di otot, seperti otot rahang yang mengeras, otot tangan, otot perut, dan lainnya. Keadaan ini biasanya akan disedari setelah beberapa hari.
  • Mengalami serangan panik tanpa sebab yang jelas. Keadaan ini kerap disertai dengan keluarnya peluh dingin, jantung berdebar, mual, rasa ingin pengsan, nyeri di bahagian perut atau dada, rasa kehilangan kawalan diri, dan secara tiba-tiba rasa sukar bernafas hingga pengsan.

16 Mei

 


Selamat hari guru buat semua.....setiap dari kita adalah guru....

Guru bukan hanya cikgu di sekolah, di ipt... tetapi guru ialah orang yg memberikan ilmu dari segenap hal....termasuk ilmu tentang kehidupan... 

Terima kasih semua yg hadir & ada dalam hidup ini....kerana anda adalah guru saya.

#cerita,cinta&cita-cita

Welcome back to my blog...

 Assalamualaikum & salam sejahtera semua...


Lama x menconteng di blog ni.... Hilang jejak seketika...

InshaALLAH, akan updated nanti...

Stay tuned guys....